MID NUFF

1. Jelaskan kepentingan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.


1.    Jelaskan kepentingan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Terdapat beberapa kepentingan pendidikan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di sekolah. PK penting dalam membentuk perubahan dan juga merupakan keperluan individu bagi proses perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani. Sebagai contoh, PK dapat memupuk sikap bertanggungjawab pada kesihatan dan mengembangkan ilmu. Perubahan tingkahlaku dan sikap diharapkan berlaku dalam usaha meningkatkan kualiti kesihatan.
Selain itu, PK penting bagi melahirkan insan yang berpelajaran dan berpengalaman tentang kesihatan. Di samping itu, Pendidikan Kesihatan dapat membentuk hubungan dan perlakuan mesra serta melahirkan rasa empati terhadap masalah kesihatan yang di alami. Melalui Pendidikan Kesihatan ini juga kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan dapat kuasai. Hal ini secara tidak langsung menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian dan berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

Secara ringkas, kepentingan matapelajaran Pendidikan Kesihatan ialah:
      i.        Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri.
    ii.        Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat.
   iii.        Memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang keselamatan diri dan orang lain, alatan dan tempat aktiviti.
   iv.        Mengetahui isu-isu pendidikan kesihatan yang mempengaruhi hidup seharian.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak