MID NUFF

BUTIRAN MENGAJAR LOMPAT TINGGI



BUTIR-BUTIR MENGAJAR

Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu:
1.    Fasa penujuan ( Approach )
2.    Fasa lonjakan ( Take-off)
3.    Fasa layangan ( Bar Clearance )
4.    Fasa Pendaratan ( Landing )

1.         Fasa penujuan
        Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung ( Curved )
         Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.
         Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk )
         Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan kuasa.
         Condongkan ke dalama semasa larian lengkung, Bahu yang di dalam lengkung lebih rendah daripada bahu yang di dalam lengkung.
         Teruskan penambahan kelajuan larian.

2.         Fasa Lonjakan
        langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti , mesti mendarat cepat aksi ‘ acceleration ‘
         Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan kawasan mendarat.
         Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan mengekalkan kedudukan begitu.
         Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.

3.         Fasa Layangan
3.1 Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan horizontal.
3.2  Gerkkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang.
3.3  Angkat pinggul semasa melepasi palang.
3.4   Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati dada.
4.         Fasa Pendaratan
        Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan.
         Jarakkan lutut semasa mendarat.


PROSEDUR LOMPATAN

            Jarak untuk mengambil larian sebelum melompat tidak dihadkan. Peserta juga boleh memilih sudut atau penjuru yang dia suka untuk lompatan. Bahan-bahan yang sesuai seperti sapu tangan boleh juga digunakan untuk menanda tempat bagi membuat lompatan
.
            Ketinggian paras lompatan untuk permulaan setiap pusingan akan ditentukan oleh pengadil sebelum acara dimulakan. Setiap peserta akan diberi tiga peluang untuk membuat lompatan bagi setiap paras ketinggian. Peserta yang gagal melepasi palang selepas tiga peluang melompat akan terkeluar daripada pertandingan. Pemenang akan ditentukan oleh peserta yang membuat lompatan yang tinggi. Sekiranya terdapat keputusan seri maka, disemak pula rekod lompatan sebelum ini.

            Contah rekod lompatan adalah seperti di bawah:
Nama                                     1          2          3
Ali                                           X         X         /
Abu                                         X         /           /


            Ali berjaya melompat melepasi palang pada percubaan yang ketiga manakala Abu pula berjaya pada percubaan kedua. Oleh itu Ali akan diumumkan sebagai pemenang walaupun paras ketinggian adalah sama, dan kedua-duanya gagal melepasi ketinggian berikutnya setelah tiga percubaan diberikan. Ketinggian palang diukur secara menegak, iaitu bersudut 90 darjah dengan permukaan gelanggang. Ukuran diambil dari  bahagian atas palang. Setelah tamat sesuatu paras ketinggian, pengadil akan mengukur ketinggian baru sebelum peserta dibenarkan melompat.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak