MID NUFF

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM


PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SUMBANG MAHRAM


Terdapat pelbagai punca yang mendorong berlakunya gejala sumbang mahram ini. Antaranya ialah keimanan yang lemah dan gagal mengawal nafsu. Mereka gagal mengawal nafsu mereka apabila sesetengah golongan remaja perempuan yang mempunyai sikap suka menggoda disamping cara pemakaian yang boleh mengugat kaum Adam ini, terutamanya lelaki yang gagal berhubung dan menyalurkan naluri serta nafsu seks secara formal, lelaki yang kerap mengalami tekanan emosi akibat perasaan rendah diri, taksub kepada seks, keinginan seks yang tidak tercapai dengan pasangannya akan menyebabkan berlakunya kes sumbang mahram ini.

Punca seterusnya ialah tidak mengamalkan kehidupan yang disyariatkan oleh Islam. Pengetahuan agama yang cetek atau kurang penghayatan agama dalam diri individu masyarakat kini juga telah mempengaruhi gejala subang mahram ini. Penerapan ajaran agama Islam dalam diri masyarakat dan dikalangan ahli keluarga perlu dititikberatkan dari masa ke semasa dan perlu diambil tindakan yang serius. Anak-anak perlu dididik mengenai nilai-nilai kehidupan dan agama yang perlu dipatuhi sejak dari kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”

Selain itu, pertambahan masalah ini turut disertai oleh perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Lambakkan bahan-bahan lucah turut mempengaruhi pemikiran dan psikologi para remaja yang mempunyai perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru.Mereka dengan mudah memperoleh bahan-bahan ini di internet dan malah ia turut dijual secara meluas di premis-premis perniagaan.Kemudahan internet dan teknologi maklumat juga telah disalah gunakan oleh golongan remaja ini. Bahan lucah yang diperoleh akan dijadikan sumber dan mereka akan cuba mempraktikkan apa yang telah mereka lihat ke dalam kehidupan sebenar mereka.



Contoh bahan lucah 
(sekadar gambar hiasan)

Punca berikutnya ialah keruntuhan institusi keluarga. Ibu bapa tidak perihatin tentang anak-anak dan tidak mengambil kira dengan siapa anak-anak mereka berkawan dan bergaul, apa yang mereka lakukan di rumah, sekolah, kolej atau universiti dan sebagainya. Hal ini kerap melanda pasangan ibu bapa yang sudah berpisah atau bercerai. Mereka tidak mengawal atau memantau anak-anak mereka sama ada di dalam atau di luar rumah kerana fokus utama mereka lebih kepada pekerjaan dan wang ringgit.Kesibukan dalam menjalankan tugas menyebabkan mereka tiada masa untuk pasangan dan anak-anak disamping sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Ada juga sesetengah keadaan di mana ibu menyedari tentang apa yang terjadi tetapi tidak berdaya untuk menegahnya atas sebab-sebab tertentu seperti takutkan suami atau sedar tentang kesilapan dirinya yang telah mengabaikan keperluan suami dan anak-anaknya.

Seterusnya ialah tahap ekonomi keluarga yang rendah.Keadaan rumah yang sempit dan tidak mempunyai ruang bilik yang cukup akan mempengaruhi perhubungan adik-beradik yang berlainan jantina. Tidak semua keluarga mempunyai taraf kehidupan yang senang, kita sedia maklum bahawa di Malaysia terdapat sebilangan besar keluarga yang terpaksa hidup berhimpit di dalam sebuah rumah yang kecil dengan bilangan ahli keluarga yang ramai. Mereka tidak dapat mengasingkan anak-anak perempuan dan lelaki terutamanya apabila anak-anak mula mencapai peringkat akil baligh.

Comments

  1. Gejala sumbang mahram ini bukan saja berlaku di negara kita tetapi amat meluas di iceland akibat keadaan unik di pulau itu: https://thevexingworld.blogspot.com/2017/08/hubungan-seks-sedarah-di-iceland.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH FORUM BERTAJUK (Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan)

BENTUK HALANGAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian Akhlak